Isnin, 16 November 2009

MAKLUMAN 1: PERTUKARAN GURU ANTARA DAERAH

Dalam ucapan alu-aluan sempena Majlis Menghargai Jasa pada pagi ini, Tuan Pengetua, Puan Azallah Mohd. Salleh sempat menguar-uarkan pertukaran guru antara daerah bagi sesi persekolahan 2010 yang diluluskan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.
Mereka yang dimaksudkan terdiri daripada Puan Haryati bt. Abdullah , guru opsyen Bahasa Inggeris yang akan bertukar ke SMK Sungai Rambai, Sungai Rambai, Melaka. Beliau telah bertugas di SMK Klebang Besar selama 8 tahun setengah.
Seorang lagi yang turut terlibat ialah Cik Amiza bt. Abdul Kadir, yang akan bertukar ke SMK Rahmat, Kuala Sungai Baru, Melaka. Selama tempoh 6 tahun, beliau mengabdikan dirinya dengan tugas sampingan di koperasi sekolah, selain tugas hakikinya mengajar mata pelajaran Matematik.

Tuan Pengetua mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas khidmat dan sumbangan yang dicurahkan sepanjang mereka bertugas di SMK Klebang Besar. Warga SMK Klebang Besar yang kehilangan kedua-dua guru tersebut sentiasa mendoakan agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan suasana dan budaya kerja yang baharu bermula 1 Disember 2009 nanti dengan semangat berkobar-kobar untuk mendidik anak bangsa di kampung halaman mereka sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan