Isnin, 16 November 2009

AKTIVITI 1: MAJLIS MENGHARGAI JASA







Warga SMK Klebang Besar hari ini berkesempatan menyaksikan Majlis Menghargai Jasa yang diadakan oleh pihak sekolah bagi tujuan untuk menghargai daya usaha dan pencapaian pelajar yang menyerlah dalam bidang kokurikulum, di samping sebagai sumber inspirasi kepada pelajar lain untuk lebih aktif dalam bidang kokurikulum pada masa akan datang, serta menghargai jasa mereka kerana mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai aktiviti di peringkat sekolah. Pelbagai kategori anugerah disampaikan oleh GPK Pentadbiran (Tn. Hj. Jailani bin Yusof), GPK HEM (Tn. Hj. Azmi b. Hassan), GPK Kokurikulum (Puan Khatijah Mohd. Shah), Tuan Pengetua (Puan Azallah Mohd. Saleh), dan Naib Yang Dipertua PIBG (Encik Azman Doraman). Berikut disenaraikan penerima anugerah dengan kategori masing-masing:
1. Tokoh Murid Kedatangan 100% ke sekolah - 40 orang.
2. AJK Kelab /Badan Beruniform Tingkatan 5 Yang Aktif - 76 orang.
3. Persatuan /Kelab Paling Aktif & Cemerlang - Afina bt. Abdullah (2 Anggerik)
4. Badan Beruniform Paling Aktif & Cemerlang - Nur Syuhadah bt. Hashim (5LKJ)
5. Pasukan Permainan Paling Aktif & Cemerlang (Pasukan Bola Sepak) - Md. Hamka b. Othman (3K)
6. Tokoh Sukan Pendidikan Khas - Silpa bt. Ahmad
7. Tokoh Sukan SMKKB - Mohd. Faisal b Sabudin (5DP)
8. Anugerah Khas Sukan - Valerie Tan Ee Lin (2D)
9. Kelas Terbersih Keseluruhan - Men. Rendah - 3 RK (Johan) dan Men. Atas 4 ERT2 (Johan)
10. Ketua Tingkatan Terbaik - Siti Aishah bt. Mengu (4 ERT1)
11. ALP Koperasi Terbaik - Nur Arif b. Md. Lip (5 LKJ)
12. Pengawas Sekolah Terbaik - Yam See Chuan (4 Sains)
13. Tokoh Murid Pendidikan Khas Bersahsiah Terpuji - Norhazie bin Rahmat
14. Tokoh Murid Bersahsiah Terpuji - Syuhadah bt. Sarif (5 LKJ)

Tahniah dan syabas kepada mereka yang telah menerima anugerah daripada pihak sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan