Selasa, 25 Mei 2010

KABIN SEK. MEN. KLEBANG BESAR







Mulai 14 Mei 2010, SMK Klebang Besar menerima sebuah kabin secara rasmi untuk menampung kelas-kelas terapung. Kabin ini mengandungi dua buah kelas yang dilengkapi dengan kemudahan asas pemelajaran. Kelas-kelas yang terlibat ialah Kelas 2 Anggerik dan 2 Cempaka. Semoga dengan adanya kemudahan tambahan ini dapat memberi ruang dan peluang untuk pelajar-pelajar belajar dalam suasana yang kondusif, sekali gus mengurangkan bilangan kelas-kelas terapung. Diharap pelajar SMK Klebang Besar akan menjaga kabin ini seperti menjaga harta sendiri.

SEKITAR SAMBUTAN HARI GURU 2010


Penerima Anugerah Khas Hari Guru


Lafaz ikar Hari Guru diketuai oleh Pengerusi Kelab Staf


Barisan pendidik SMK Klebang Besar dengan pakaian korporat.

Tarikh: 17 Mei 2010 (Isnin)
Masa : 7.20 pagi
Tempat: Dataran 1 Malaysia SMK Klebang Besar
Seperti biasa pelbagai aktiviti diatur sempena sambutan Hari Guru peringkat SMK Klebang Besar. Antaranya nyanyian lagu-lagu patriotik, bacaan perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Menteri Pelajaran Malaysia, ikrar dan nyanyian Lagu Guru Malaysia dan lagu tema, permainan dan sukaneka, persembahan pelajaran dan guru, penyampaian hadiah dan jamuan. Tema tahun ini "Guru Pembina Negara Bangsa".

SEKITAR LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN







Tarikh: 15 Mei 2010 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi
Tempat: Makmal Siber 1

Sesi LADAP ini diadakan selepas aktiviti gotong-royong perdana yang diadakan pada sebelah pagi. Selesai sahaja aktiviti tersebut dan rehat, guru-guru berkumpul di Makmal Siber A untuk mempersembahkan bahan pengajaran dan pemelajaran menggunakan power point lanjutan daripada LADAP terdahulu yang disampaikan oleh pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka. Beberapa kumpulan sempat mempersembahkan bahan pengajaran berasaskan power point mengikut panitia mata pelajaran masing-masing.

SEKITAR GOTONG-ROYONG PERDANA


Kawasan bola tampar


Kawasan berhadapan makmal sains A


Kawasan berhadapan Anjung Budi


Tarikh: 15 Mei 2010
Masa : 8.00 pagi
Tahniah dan syabas kepada semua pelajar dan guru yang terlibat dalam menjayakan gotong-royong perdana yang julung-julung kali diadakan serentak di seluruh negara sempena sambutan Hari Guru 2010. Guru Pembina Negara Bangsa.

Isnin, 24 Mei 2010

BULETIN SMK KLEBANG BESAR EDISI KE-5

Berikut disertakan Buletin SMK Klebang Besar Edisi ke-5 untuk tatapan warga SMK Klebang Besar, Melaka

Sabtu, 15 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU - GURU PEMBINA NEGARA BANGSA



SELAMAT HARI GURU kepada semua warga guru SMK Klebang Besar dan kaum guru di seluruh tanah air. Teruskan berkhidmat untuk nusa dan bangsa.

Rabu, 5 Mei 2010

BULETIN SMK KLEBANG BESAR EDISI KE-4



Berikut disertakan Buletin SMK Klebang Besar Edisi ke-4 untuk tatapan warga SMK Klebang Besar.