Sabtu, 23 Oktober 2010

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KE-6




Tarikh: 23 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: Bilik Gerakan SMK Klebang Besar
Atur cara:
1. Ceramah 1 - Puan Hjh. Norbi bt. Hussin - Muhasabah Diri
2. Ceramah 2 - Tuan Hj. Md. Rahim b. Abd. Majid - Pendidikan untuk kurun ke-21
3. Taklimat oleh wakil NUTP

Sabtu, 9 Oktober 2010

PMR DIMANSUHKAN MULAI 2016, UPSR DIKEKALKAN

Berita terkini:

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan dimansuhkan di semua sekolah mulai 2016 dan dibuat melalui penilaian berasaskan sekolah.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid Tahun Enam pula akan dikekalkan tetapi dengan diberikan perubahan pada bentuk dan format.