Sabtu, 24 Julai 2010

MAKLUMAN: TAKLIMAT SISTEM MAKLUMAT MURID DALAM LADAP KE-4





Tarikh: 24 Julai 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Bilik Gerakan SMK Klebang Besar
Taklimat Sistem Maklumat Murid disampaikan oleh Encik Wong Kar Yin, GPK HEM, Sekolah Rendah Perempuan Methodist, Melaka.

Ahad, 18 Julai 2010

PERTANDINGAN MASAKAN PERINGKAT NEGERI MELAKA



Peserta-peserta dari SMK Klebang Besar sedang menyediakan masakan yang ditetapkan.


Para hakim sedang menilai masakan yang dimasak oleh peserta dari SMK Klebang Besar....nyumm sedapnya..


Dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Masakan Peringkat Negeri Melaka

Pada 10 Julai 2010 yang lalu, pasukan dari SMK Klebang Besar telah menyertai pertandingan masakan anjuran JPN dan Maggi bertempat di SMK Seri Tanjung. Sebanyak 10 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Pada akhir sesi pertandingan tersebut, pasukan dari SMK Klebang Besar telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Masakan Peringkat Negeri Melaka 2010, sekali gus melayakkan diri untuk pertandingan masakan ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di negeri Johor Bahru pada bulan Oktober nanti. Semoga peserta dari SMK Klebang Besar akan meraih kejayaan yang cemerlang di peringkat kebangsaan tersebut dan menjulang nama negeri Hang Tuah yang bersejarah.

MAKLUMAN: BILIK PEMPROSESAN MAKANAN

SMK Klebang Besar kini mempunyai sebuah lagi Bilik Pemprosesan Makanan bagi membolehkan mata pelajaran MPV yang kedua, iaitu Pemprosesan Makanan diperkenalkan di sekolah ini selain Kerja Paip Domestik. Mata pelajaran ini dikendalikan sepenuhnya oleh Puan Mazurah Abu Bakar. Sebelum memulakan pengajaran dan pemelajaran mata pelajaran tersebut, majlis bacaan Yasin secara ringkas diadakan pada 13 Julai 2010 dipimpin oleh Ustaz Khalil Abd. Manap.

Ahad, 11 Julai 2010

BULETIN SMK KLEBANG BESAR: BILANGAN 6

Berikut disertakan Buletin SMK Klebang Besar, bilangan 6
.

Selasa, 25 Mei 2010

KABIN SEK. MEN. KLEBANG BESAR







Mulai 14 Mei 2010, SMK Klebang Besar menerima sebuah kabin secara rasmi untuk menampung kelas-kelas terapung. Kabin ini mengandungi dua buah kelas yang dilengkapi dengan kemudahan asas pemelajaran. Kelas-kelas yang terlibat ialah Kelas 2 Anggerik dan 2 Cempaka. Semoga dengan adanya kemudahan tambahan ini dapat memberi ruang dan peluang untuk pelajar-pelajar belajar dalam suasana yang kondusif, sekali gus mengurangkan bilangan kelas-kelas terapung. Diharap pelajar SMK Klebang Besar akan menjaga kabin ini seperti menjaga harta sendiri.

SEKITAR SAMBUTAN HARI GURU 2010


Penerima Anugerah Khas Hari Guru


Lafaz ikar Hari Guru diketuai oleh Pengerusi Kelab Staf


Barisan pendidik SMK Klebang Besar dengan pakaian korporat.

Tarikh: 17 Mei 2010 (Isnin)
Masa : 7.20 pagi
Tempat: Dataran 1 Malaysia SMK Klebang Besar
Seperti biasa pelbagai aktiviti diatur sempena sambutan Hari Guru peringkat SMK Klebang Besar. Antaranya nyanyian lagu-lagu patriotik, bacaan perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Menteri Pelajaran Malaysia, ikrar dan nyanyian Lagu Guru Malaysia dan lagu tema, permainan dan sukaneka, persembahan pelajaran dan guru, penyampaian hadiah dan jamuan. Tema tahun ini "Guru Pembina Negara Bangsa".

SEKITAR LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN







Tarikh: 15 Mei 2010 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi
Tempat: Makmal Siber 1

Sesi LADAP ini diadakan selepas aktiviti gotong-royong perdana yang diadakan pada sebelah pagi. Selesai sahaja aktiviti tersebut dan rehat, guru-guru berkumpul di Makmal Siber A untuk mempersembahkan bahan pengajaran dan pemelajaran menggunakan power point lanjutan daripada LADAP terdahulu yang disampaikan oleh pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka. Beberapa kumpulan sempat mempersembahkan bahan pengajaran berasaskan power point mengikut panitia mata pelajaran masing-masing.