Sabtu, 13 Mac 2010

BULETIN 2 : FEBRUARI /MAC

Berikut disertakan Buletin SMK Klebang Besar bilangan 2 untuk tatapan semua:

BULETIN 1 - JANUARI

Mulai bulan Januari 2010, Jawatankuasa Penerbitan yang diselenggarakan oleh Setiausaha Penerbitan, Tuan Hj. Samat bin Buang telah mengeluarkan Buletin SMK Klebang Besar yang pertama, selain majalah sekolah yang diterbitkan dua tahun sekali. Tujuan penerbitan bultetin ini adalah untuk menguar-uarkan segala aktiviti yang berkaitan dengan hal-hal yang berlaku di peringkat sekolah sama ada secara rasmi atau tidak rasmi untuk dikongsikan bersama warga sekolah, sekali gus menjadi wadah untuk memberi input dan informasi terkini tentang dunia pendidikan secara am. Oleh itu, diharap seluruh warga SMK Klebang Besar dapat memanfaatkan buletin ini dari semasa ke semasa dan pihak Jawatankuaa Penerbitan sentiasa mengharapkan segala pandangan dan teguran yang membina untuk memantapkan penampilannya sebagai wahana komunikasi yang berkesan antara semua pihak.


Editor Buletin SMKKB:
Tuan Haji Samat b. Buang

MAKLUMAN 17: PERTANDINGAN TARIAN





Syabas dan tahniah kepada kumpulan tarian SMK Klebang Besar yang telah menyertai Pertandingan Tarian sempena Karnival Pendidikan Jabatan Pelajaran Melayu bertempat di MITC Ayer Keroh yang berlangsung pada 4 - 7 Mac 2010. Walaupun tidak menang, namun semangat waja untuk menyertai pertandingan ini amat dihargai kerana julung-julung kali menyertai pertandingan seumpama ini. Kepada guru pembimbing Puan Norhasidah binti Daud masih ada ruang dan peluang untuk meningkatkan mutu tarian setanding dengan penari-penari yang mapan. Cuba lagi pada tahun hadapan.

MAKLUMAN 16: KEPUTUSAN SPM 2009

Tahniah kepada semua pelajar SPM 2009 SMK Klebang Besar kerana sekali lagi berjaya mencipta kecemerlangan dengan keputusan yang membanggakan pihak sekolah. Alhamdulillah prestasi keseluruhan sangat memuaskan apabila kita dapat mengekalkan prestasi yang baik sebanyak 95.8% berbanding dengan keputusan tahun lalu sebanyak 95.0%. Tahniah dan syabas kepada Suriyati Salim yang berjaya memperoleh 9A dan 2 B+ sekali gus mencipta rekod kecemerlangan untuk kali kedua selepas peringkat PMR dengan keputusan 8A.

Berikut disertakan keputusan terperinci bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan peratus keseluruhan bagi mata-mata pelajaran yang lain:


Gred

Bil. Calon

Jumlah

Peratus

A +

7

48

22.4

A

14

A -

27

B +

30

90

42.1

B

24

C +

21

C

15

D

42

67

31.3

E

25

205

95.8


PERATUS MATA-MATA PELAJARAN LAIN

Bil.

Mata pelajaran

Peratus

1.

Bahasa Inggeris

55.6

2.

Pendidikan Islam

88.7

3.

Pendidikan Moral

96.2

4.

Sejarah

73.8

5.

Matematik

63.7

6.

Sains

93.2

7.

Geografi

100

8.

Pend. Seni Visual

100

9.

Matematik Tamb.

62.1

10.

Perdagangan

87.8

11.

Prinsip Perakaunan

75.0

12.

Ekonomi R. Tangga

100

13.

Fizik

100

14.

Kimia

94.2

15.

Biologi

100

16.

Tasawwur

100

17.

Bahasa Cina

100

18.

EST

100

19.

Kerja Paip Domestik

100

20.

Pemprosesan Makanan

100





Selasa, 9 Februari 2010

MAKLUMAN 15: DATARAN 1 M SMK KLEBANG BESAR





Pada 4 Feb. yang lalu rakyat negeri Melaka dapat menyaksikan perasmian Dataran 1 M di pantai Klebang oleh Perdana Menteri Malaysia, kini wujud 1 lagi Dataran 1 M mini di SMK Klebang Besar yang dirasmikan oleh Tuan Pengetua, diiringi dengan laungan "Satu Malaysia" yang diketuai oleh PM (Pak Min). Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Abdull Halim b. Busno dan beberapa orang pelajar lain yang turut membantu menyiapkan kerja-kerja mengecat di astaka yang menjadi simbol untuk merealisasikan Dataran 1 M.

Jumaat, 29 Januari 2010

MAKLUMAN 14: MAJLIS GRADUASI PELAJAR CEMERLANG PMR 2009


Buat julung-julung kali, Majlis Graduasi Pelajar Cemerlang PMR 2009 diadakan di SMK Klebang Besar, Melaka sejak sekolah ini dibuka pada 1 Disember 1992. Majlis bermula jam 7.20 pagi dengan ketibaan YB Datuk Yaakub Md. Amin, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran dan Pengajian Tinggi. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Tuan Pengetua, Puan Azallah Mohd. Salleh dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh YB Datuk Hj. Yaakub Md. Amin. Beliau telah menyampaikan sijil penghargaan dan wang tunai kepada semua pelajar cemerlang PMR 2009. Sebanyak 10 orang pelajar memperoleh 8 A dan 11 orang pelajar memperoleh 7A yang merupakan pencapaian terbaik sejak sekolah ini dibuka. Turut hadir Encik Kamarudin Jantan, Pegawai Seranta Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah, dan Naib Pengerusi PIBG, Encik Norazman b. Doraman.
Mudah-mudahan majlis yang bertujuan meraikan mereka yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan PMR yang lalu akan meningkatkan kesedaran dan komitmen mereka untuk terus berusaha sehingga ke peringkat menara gading. Semoga majlis seumpama dapat membakar semangat dan menjadi rangsangan kepada bakal calon PMR dan SPM tahun ini untuk meneruskan tradisi kecemerlangan di sekolah ini. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya mencipta kecemerlangan dan syabas kepada guru-guru yang bertungkus lumus mencurah bakti, serta memastikan kejayaan cemerlang di sekolah ini.

Selasa, 26 Januari 2010

MAKLUMAN 13: PROGRAM SULUHAN MINDA



Beginilah gambaran dan suasana SMK Klebang Besar pada setiap pagi kecuali hari Jumaat, murid-murid akan berada di dataran perhimpunan selama 20 minit untuk membaca sebagai pengisian Program Suluhan Minda. Mereka dikehendaki membaca apa-apa sahaja bahan yang sesuai sebelum masuk kelas. Sebelum itu, salah seorang murid terpilih akan mengulas bahan yang dibaca untuk dikongsikan dengan rakan-rakan mereka. Mudah-mudahan usaha murni ini mampu menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan warga sekolaha.